Tenaga Nasional Berhad Salur Wakaf Tunai Korporat RM100,000 Melalui PWS

Tenaga Nasional Berhad Salur Wakaf Tunai Korporat RM100,000 Melalui PWS

12 Mac 2026, Sabak BernamTenaga Nasional Berhad (TNB) menyalurkan Wakaf Tunai Korporat berjumlah RM100,000 melalui Perbadanan Wakaf Selangor (PWS) sebagai sebahagian daripada komitmen syarikat utiliti nasional tersebut dalam menyokong agenda pembangunan wakaf negeri.

Sumbangan tersebut disampaikan sempena Majlis Ihya’ Ramadhan 1447H Daerah Sabak Bernam yang berlangsung di Masjid Marzukiyah, Kampong Lubuk Pusing dan telah disempurnakan akadnya di hadapan DYTM Raja Muda Selangor.

Penglibatan TNB dalam inisiatif wakaf ini mencerminkan komitmen berterusan syarikat dalam menyokong pembangunan sosial masyarakat melalui pendekatan kewangan sosial Islam yang mampan serta memberi impak jangka panjang kepada kesejahteraan ummah.

PWS merakamkan penghargaan kepada Tenaga Nasional Berhad atas sokongan yang diberikan dalam memperkasa pembangunan wakaf di Negeri Selangor.


 

No Comments

Post A Comment