12 Mac 2026, Sabak Bernam – Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) menzahirkan komitmen dalam menyokong pembangunan wakaf apabila menyalurkan Wakaf Tunai Korporat berjumlah RM50,000 melalui Perbadanan Wakaf Selangor (PWS) sempena Majlis Ihya’ Ramadhan 1447H Daerah Sabak Bernam yang berlangsung di Masjid Marzukiyah, Kampong Lubuk Pusing.
Sumbangan tersebut telah disempurnakan akadnya di hadapan Duli Yang Teramat Mulia Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah ibni Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj, sekali gus mencerminkan sokongan pihak berkuasa tempatan dalam memperkasa agenda wakaf negeri secara strategik dan mampan.
Penyertaan MBPJ dalam inisiatif Wakaf Tunai Korporat ini memperlihatkan keselarasan antara agenda pembangunan bandar dengan pendekatan filantropi Islam yang berimpak tinggi serta memberi manfaat berpanjangan kepada masyarakat.
Perbadanan Wakaf Selangor merakamkan setinggi-tinggi penghargaan atas komitmen MBPJ dalam menyokong pembangunan wakaf di Negeri Selangor, sekali gus memperkukuh peranan wakaf sebagai instrumen pembangunan sosioekonomi ummah yang progresif dan berdaya tahan.
Ayuh bersama melazimi ibadah wakaf kerana setiap sumbangan merupakan saham akhirat yang manfaatnya terus mengalir demi kesejahteraan ummah.
No Comments