14 Mac 2026, Shah Alam – Pengisian Kuliah Subuh Ramadan di Surau Al-Ittihadiyyah, Seksyen 9 Shah Alam turut menekankan kepentingan melazimi amalan kebajikan sepanjang bulan yang penuh keberkatan ini.
Dalam tazkirah yang disampaikan, para jemaah diingatkan bahawa Ramadan merupakan peluang terbaik untuk memperbanyakkan amal soleh termasuk ibadah wakaf sebagai sedekah jariah yang pahalanya terus mengalir walaupun selepas hayat berakhir.
Program pengisian ilmu seperti ini dilihat mampu memperkukuh kefahaman masyarakat mengenai konsep wakaf serta menggalakkan umat Islam untuk terus menyumbang ke arah pembangunan ummah melalui instrumen wakaf.
Semoga pengisian kuliah ini memberi manfaat kepada para jemaah serta menjadi pemangkin kepada amalan kebajikan yang berterusan sepanjang Ramadan.
No Comments