16 Mac 2026, Shah Alam – Seramai 10 pewakaf bertuah telah menerima hadiah Gold Bar dalam Majlis Penyerahan Hadiah sempena Kempen Year End Wakaf 2025: Wakaf dan Menang anjuran Perbadanan Wakaf Selangor (PWS).
Hadiah tersebut telah disampaikan oleh YBrs. Tuan Haji Anuar Hamzah bin Tohar, Ketua Pegawai Eksekutif PWS kepada para pemenang yang berjaya dipilih melalui penyertaan dalam kempen wakaf tersebut.
Kempen “Wakaf dan Menang” yang berlangsung dari 15 November hingga 31 Disember 2025 telah menarik penyertaan ramai pewakaf melalui kaedah Direct Debit, sekali gus memudahkan masyarakat untuk melazimi amalan wakaf secara konsisten dan berterusan.
Menariknya, penyertaan kempen ini bukan sahaja melibatkan masyarakat dari Negeri Selangor, malah turut disertai oleh peserta dari Melaka dan Negeri Sembilan yang juga tersenarai sebagai pemenang hadiah Gold Bar.
Kempen ini merupakan antara inisiatif strategik PWS dalam menggalakkan masyarakat menjadikan wakaf sebagai sebahagian daripada gaya hidup beribadah, di samping memperluaskan budaya berwakaf dalam kalangan masyarakat.
Hakikatnya, setiap wakaf yang dilaksanakan bukan sekadar membuka peluang memenangi hadiah, tetapi yang lebih utama ialah ganjaran pahala berterusan sebagai amal jariah yang manfaatnya berkekalan kepada umat Islam.
No Comments