1 April 2026 ,Perbadanan Wakaf Selangor (PWS) telah mengadakan kunjungan hormat bersama Selgate Corporation Sdn. Bhd. di Shah Alam bagi meneroka kerjasama strategik dalam pembangunan kesihatan berasaskan wakaf serta potensi pembangunan tanah wakaf di Selangor. Inisiatif ini dijangka memperkukuh ekosistem wakaf, memacu inovasi pembangunan serta memberi manfaat berterusan kepada kesejahteraan masyarakat.
Delegasi PWS diketuai oleh YBhg. Tan Sri Dato’ Sri Syed Zainal Abidin Syed Mohamed Tahir bersama pengurusan kanan PWS dan delegasi Selgate yang diketuai oleh YBhg. Dato’ Noor Hisham bin Mohd Ghouth semasa sesi kunjungan hormat tersebut.
No Comments