3 April 2026, Perbadanan Wakaf Selangor (PWS) telah mengadakan kunjungan hormat ke DRB-HICOM Berhad di Shah Alam sebagai usaha memperkukuh hubungan strategik bersama sektor korporat dalam memperluaskan agenda pembangunan wakaf di Selangor. Pertemuan ini memberi tumpuan kepada penerokaan kolaborasi dalam pembangunan hartanah wakaf, pelaksanaan inisiatif potongan gaji sebagai medium wakaf berterusan serta pengukuhan wakaf korporat dan program tanggungjawab sosial (CSR) yang berimpak tinggi kepada masyarakat.
Pendekatan ini mencerminkan komitmen berterusan PWS dalam memperkasa wakaf sebagai instrumen pembangunan sosioekonomi yang progresif dan lestari, di samping membuka ruang sinergi lebih dinamik dan inklusif bersama pemain industri.
Delegasi PWS diketuai oleh YBhg. Tan Sri Dato’ Sri Syed Zainal Abidin Syed Mohamed Tahir bersama Ketua Pegawai Eksekutif PWS dan wakil pengurusan kanan, manakala pihak DRB-HICOM diketuai oleh YBhg. Tan Sri Syed Faisal Albar Syed Ar Albar bersama kepimpinan kanan syarikat.
No Comments