PWS Salur Wakaf RM50,000 kepada SK Bandar Baru Salak Tinggi

PWS Salur Wakaf RM50,000 kepada SK Bandar Baru Salak Tinggi

2 April 2026, Perbadanan Wakaf Selangor (PWS) telah mengadakan Ziarah Syawal ke Sekolah Kebangsaan Bandar Baru Salak Tinggi, Shah Alam dengan menyalurkan sumbangan wakaf fisabilillah berjumlah RM50,000 bagi tujuan baik pulih surau sekolah.

Penyerahan simbolik telah disempurnakan oleh Ketua Pegawai Eksekutif PWS, YBrs. Tuan Haji Anuar Hamzah Tohar sebagai sebahagian daripada usaha memperkukuh kebajikan serta kemudahan pendidikan. Inisiatif ini mencerminkan komitmen berterusan PWS dalam memperluas impak wakaf ke sektor pendidikan, khususnya dalam menyediakan persekitaran pembelajaran yang lebih kondusif dan inklusif.

 

No Comments

Post A Comment