5 April 2026, Perbadanan Wakaf Selangor (PWS) telah menyalurkan sumbangan wakaf fisabilillah berjumlah RM50,000 bagi projek pemasangan siling serambi di Masjid Al-Amin, Seksyen 17, Shah Alam sebagai usaha memperkasa peranan wakaf dalam pembangunan institusi masjid.
Sumbangan tersebut disampaikan oleh Ustaz Muhammad Suffian Assauri bin Omar, Pegawai Unit Kutipan dan Agihan PWS kepada Ustaz Mohd Khairi Mohamad Nor, Nazir masjid, bagi meningkatkan keselesaan jemaah serta memperkukuh fungsi masjid sebagai pusat ibadah dan komuniti.
Turut diadakan kuliah maghrib khas bertajuk “Wakaf Pelaburan Akhirat” yang menekankan kepentingan wakaf sebagai instrumen berimpak tinggi dan berterusan manfaatnya. Selain itu, kaunter wakaf turut dibuka bagi memudahkan penyertaan masyarakat dalam menyokong agenda pembangunan wakaf di Selangor.
No Comments