Memperkasa Budaya Wakaf dalam Komuniti Pendidikan melalui Inisiatif PWS

Memperkasa Budaya Wakaf dalam Komuniti Pendidikan melalui Inisiatif PWS

Perbadanan Wakaf Selangor (PWS) telah menganjurkan sesi taklimat wakaf pada 7 April 2026 di Sekolah Kebangsaan Seri Pristana, Sungai Buloh. Program ini bertujuan meningkatkan kefahaman serta menggalakkan penglibatan warga pendidik dalam amalan wakaf sebagai instrumen pembangunan ummah yang mampan.


Dalam usaha memperkukuh ekosistem wakaf secara strategik, PWS terus mempergiat inisiatif advokasi melalui pelbagai segmen masyarakat termasuk institusi pendidikan. Sekolah berperanan sebagai platform penting dalam membentuk nilai, manakala warga pendidik bertindak sebagai agen perubahan dalam menyemai budaya wakaf dalam kalangan generasi masa hadapan.

Sesi taklimat telah disampaikan oleh Ustaz Ibnu Hubain bin Abdul Aziz, Eksekutif Unit Kutipan dan Agihan, Bahagian Korporat PWS. Pengisian program merangkumi penerangan konsep dan kepentingan wakaf, peranan wakaf sebagai amal jariah berterusan, sumbangannya dalam pembangunan sosioekonomi ummah, serta kaedah pelaksanaan wakaf termasuk wakaf tunai. Sesi ini turut melibatkan interaksi bersama warga pendidik bagi memperkukuh kefahaman mereka.

Program ini telah berjaya meningkatkan kesedaran dan kefahaman warga pendidik terhadap wakaf, di samping menggalakkan penglibatan komuniti sekolah dalam amalan wakaf. Inisiatif ini turut menyokong pembangunan masyarakat secara mampan serta memperkukuh peranan institusi pendidikan sebagai pemangkin perubahan sosial.


7 April 2026 | Sekolah Kebangsaan Seri Pristana, Sungai Buloh, Selangor


Mari bersama memperkasa budaya wakaf. Laksanakan wakaf tunai melalui saluran rasmi Perbadanan Wakaf Selangor bagi memastikan manfaatnya berterusan dan memberi impak kepada generasi akan datang.

No Comments

Post A Comment