15 April 2026, Kuala Selangor – Perbadanan Wakaf Selangor terus memperkukuh agenda pemerkasaan institusi pendidikan melalui penyaluran sumbangan wakaf fisabilillah berjumlah RM30,000.00 bagi pembinaan laluan susur gajah di SAR KAFA Integrasi Felda Bukit Cherakah.
Sumbangan tersebut telah disampaikan oleh Encik Muhammad Hafiz bin Bahari, Pengurus Bahagian Korporat PWS kepada pihak sekolah dalam satu sesi yang berlangsung secara harmoni dan kolaboratif.
Dalam masa yang sama, satu sesi taklimat wakaf turut diadakan bersama guru-guru KAFA Felda Bukit Cherakah bagi memperluas kefahaman mengenai peranan wakaf sebagai instrumen pembangunan ummah yang mampan serta menggalakkan penglibatan komuniti dalam menyokong inisiatif wakaf pendidikan.
Inisiatif ini mencerminkan komitmen berterusan PWS dalam memacu impak sosial yang lestari melalui pendekatan wakaf yang inklusif dan berimpak tinggi, khususnya dalam mempertingkatkan kemudahan serta persekitaran pembelajaran yang kondusif.
Semoga usaha ini menjadi pemangkin kepada penglibatan berterusan masyarakat dalam menyokong pembangunan pendidikan melalui wakaf.
No Comments