17 April 2026, Sabak Bernam – Perbadanan Wakaf Selangor dengan kerjasama Majlis Daerah Sabak Bernam terus memperkukuh agenda pemerkasaan kefahaman wakaf melalui penganjuran Program Bicara Wakaf yang telah berlangsung di Bilik Mesyuarat MDSB.
Program ini menampilkan PU Hafiz Haneefa sebagai panel utama yang menyampaikan perkongsian berimpak tinggi berkaitan konsep, kepentingan serta potensi wakaf sebagai instrumen pembangunan ummah yang lestari dan inklusif.
Sesi bicara ini telah dimoderatorkan oleh Encik Muhammad Hafiz bin Bahari, Pengurus Bahagian Korporat PWS, yang berjaya mengemudi perbincangan secara dinamik dan strategik, sekali gus memperkayakan wacana serta meningkatkan keterlibatan peserta.
Program ini mendapat sambutan yang menggalakkan daripada pelbagai lapisan masyarakat, mencerminkan peningkatan kesedaran terhadap peranan wakaf dalam memperkukuh kesejahteraan sosial dan pembangunan komuniti.
PWS komited untuk terus memperluaskan inisiatif advokasi wakaf melalui platform ilmiah dan interaktif selaras dengan aspirasi mengarusperdanakan budaya wakaf dalam kehidupan masyarakat.
No Comments