Ameraya Property Salur Wakaf Tunai Korporat RM100,000 Bersama PWS

Ameraya Property Salur Wakaf Tunai Korporat RM100,000 Bersama PWS

12 Mac 2026, Sabak Bernam – Ameraya Property Sdn. Bhd. menyalurkan Wakaf Tunai Korporat berjumlah RM100,000 melalui Perbadanan Wakaf Selangor (PWS) sebagai sokongan terhadap usaha memperkasa pembangunan wakaf di Negeri Selangor.

Sumbangan tersebut telah disempurnakan sempena Majlis Ihya’ Ramadhan 1447H Daerah Sabak Bernam yang berlangsung di Masjid Marzukiyah, Kampong Lubuk Pusing dan disaksikan oleh DYTM Raja Muda Selangor.

Penyertaan syarikat korporat dalam agenda wakaf ini mencerminkan kesedaran yang semakin meningkat dalam kalangan industri untuk menjadikan wakaf sebagai instrumen pembangunan sosial yang memberi manfaat berterusan kepada masyarakat.

PWS merakamkan penghargaan kepada Ameraya Property atas sokongan yang diberikan dalam memperkukuh pembangunan wakaf di Negeri Selangor.

 

 


 

No Comments

Post A Comment