4 September 2025, Shah Alam – Perbadanan Wakaf Selangor (PWS) menyantuni kakitangan Bahagian Pengurusan Sumber Manusia (BPSM) kerajaan negeri di pejabat kerajaan negeri Selangor, Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah bersempena Sambutan Hari Kemerdekaan Malaysia ke-68 dan Maulidur Rasulullah S.A.W.
Tazkirah telah disampaikan oleh AF Ustaz Ibnu Hubain bin Abdul Aziz, Eksekutif Unit Kutipan dan Agihan Bahagian Korporat PWS bertajuk “Merdeka Cara Rasulullah”.
Tujuan taklimat ini adalah rutin yang dijalankan oleh PWS bagi menyebarluaskan lagi dakwah, kefahaman dan kesedaran serta hikmah dan fadhilat berwakaf kepada masyarakat.
Turut memberi peluang kepada warga BPSM melaksanakan ibadah wakaf melalui kaedah potongan gaji, auto debit, debit langsung (direct debit), secara terus (one-off) dan QR code.
Semoga taklimat ini dapat memberi manfaat dan jariah kepada warga kerja BPSM dalam melaksnakan amalan dan saranan baginda Rasulullah S.A.W.
Sebagaimana Sabda Nabi SAW: “Apabila mati seorang manusia, terputus segala amalannya kecuali tiga perkara : sedekah jariah (wakaf), ilmu yang dimanfaat dengannya, dan anak soleh yang mendokan baginya” (Hadis riwayat Muslim)
Ayuh laksanakan wakaf tunai anda di PWS, saluran rasmi, diyakini dan dipercayai.
Layari Wakaf Selangor Online
https://fpx.wakafselangor.gov.my
atau
https://infaqpay.my/go/wakafselangor
untuk berwakaf tunai.
#wakafselangor
#wakaftunai
#wakafmembangunkanummah
#indahnyaberwakaf
#satuwakafsejutamanfaat
No Comments