PWS MENGIRINGI PENGERUSI MAIS DALAM RUANG RANGKA LAWATAN DAN MENGENALPASTI ISU HAL EHWAL ISLAM DAERAH KLANG

PWS MENGIRINGI PENGERUSI MAIS DALAM RUANG RANGKA LAWATAN DAN MENGENALPASTI ISU HAL EHWAL ISLAM DAERAH KLANG

16 Jun 2025, Klang – Perbadanan Wakaf Selangor (PWS) bersama mengiringi Pengerusi Majlis Agama Islam Selangor (MAIS), YAD Senator Dato’ Setia Haji Salehuddin bin Saidin dalam Program Turun Padang untuk mengadakan lawatan dan mengenalpasti isu hal ehwal Islam bagi Daerah Klang.

Program turun padang selama sehari ini dimulakan dengan lawatan ke melibatkan Pejabat Agama Islam Daerah (PAID) Klang, Masjid al Bakri, Bukit Naga, Sekolah Rendah Islam Institut Taufiq Islami, Baitul Salam dan tapak pembinaan Kompleks Anak Yatim di Pulau Indah .

Turut hadir dalam lawatan ini adalah YBrs Tuan Haji Anuar Hamzah Tohar, Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Wakaf Selangor, Hajah Nurhani Salwa Jamaluddin, Timbalan Setiausaha Dasar dan Pengurusan MAIS; ; Tuan Haji Shah Ruddin Abd Hamid, Pengarah Ekonomi; Dr. Hajah Norraini Nordin, Pengarah Pembangunan Sosial; barisan pengurusan  MAIS, PAID Daerah Klang, Lembaga Zakat Selangor, masjid dan surau yang terlibat.

Ayuh laksanakan wakaf tunai anda melalui PWS, saluran rasmi, diyakini dan dipercayai.

Layari Wakaf Selangor Online

https://fpx.wakafselangor.gov.my/

atau

https://infaqpay.my/go/wakafselangor

Untuk berwakaf tunai.

#wakafselangor

#wakafmembangunkanummah

#mais

No Comments

Post A Comment