PWS MENYAMPAIKAN PERKONGSIAN WAKAF DI MESYUARAT NAZIR MASJID DAN PENGERUSI SURAU DAERAH HULU SELANGOR

PWS MENYAMPAIKAN PERKONGSIAN WAKAF DI MESYUARAT NAZIR MASJID DAN PENGERUSI SURAU DAERAH HULU SELANGOR

29 Julai 2025, Hulu Selangor – Perbadanan Wakaf Selangor (PWS) telah menyampaikan Perkongsian Wakaf di Mesyuarat Nazir Masjid dan Pengerusi Surau Daerah Hulu Selangor bertempat di Dewan Syarahan Pejabat Agama Islam Daerah Hulu Selangor.

Taklimat telah disampaikan oleh Encik Muhammad Hafiz bin Bahari, Pengurus Bahagian Korporat PWS dan Encik Muhammad Huzaifah bin Aminurddin, Pembantu Eksekutif, Bahagian Hartanah PWS kepada nazir- nazir masjid dan Pengerusi-pengerusi surau di daerah Hulu Selangor.

Intipati taklimat Wakaf Tunai dalam mesyuarat ini adalah berkaitan peletakan tabung tetap Wakaf Tunai di masjid- masjid di Negeri Selangor, penyaluran Sumbangan Fi Sabilillah dan maklumat berkenaan hartanah wakaf selain hasrat pihak PWS untuk mengimarahkan masjid-masjid dan surau- surau dengan perkongsian berkaitan ibadah wakaf dalam usaha meningkatkan terimaan Wakaf Tunai daripada ahli kariah setempat.

Ayuh laksanakan wakaf tunai anda melalui PWS, saluran rasmi, diyakini dan dipercayai.

Layari Wakaf Selangor Online

https://fpx.wakafselangor.gov.my/

atau

https://infaqpay.my/go/wakafselangor

untuk berwakaf tunai

#wakafselangor

#wakaftunai

#wakafmembangunkanummah

No Comments

Post A Comment