ALHAMDULILLAH,PWS MENERIMA SUMBANGAN WAKAF RM1 JUTA -Terima Kasih, Pejuang Wakaf Membangunkan Ummah”

ALHAMDULILLAH,PWS MENERIMA SUMBANGAN WAKAF RM1 JUTA -Terima Kasih, Pejuang Wakaf Membangunkan Ummah”

29 Mei 2025, Shah Alam – Perbadanan Wakaf Selangor (PWS) telah dihadiri hamba Allah yang sudi mewakafkan hartanya.

Encik Mohd Fitri bin Md Aris merupakan seorang Pengarah Syarikat yang berumur 65 tahun sekali lagi telah hadir ke PWS mewakafkan hartanya berbentuk wang tunai dan diniatkan pahala wakaf tersebut kepada ahli keluarganya.

Wakaf Tunai yang beliau laksanakan sebanyak RM 1 Juta adalah untuk disalurkan kepada institusi Wakaf Khas yang dikelolai oleh PWS. Wakaf Khas tersebut disalurkan ke Surau Al Jannah Seksyen 23, Shah Alam.

Semoga Ibadah wakaf yang dilaksanakan menjadikan jariah pahala yang berpanjangan kepada pewakaf-pewakaf sehingga yaumulakhirah.

Sebagaimana Sabda Nabi SAW: “Apabila mati seorang manusia, terputus segala amalannya kecuali tiga perkara : sedekah jariah (wakaf), ilmu yang dimanfaat dengannya, dan anak soleh yang mendokan baginya” (Hadis riwayat Muslim)

Ayuh laksanakan Wakaf Tunai  anda melalui PWS, saluran rasmi, diyakini dan dipercayai.

Layari Wakaf Selangor Online

https://fpx.wakafselangor.gov.my/

untuk berwakaf tunai

#wakafselangor

#wakaftunai

#wakafmembangunkanummah

#indahnyaberwakaf

#satuwakafsejutamanfaat

No Comments

Post A Comment