PWS MENGADAKAN KUNJUNGAN HORMAT KE PEJABAT ESKAYVIE SDN BHD

PWS MENGADAKAN KUNJUNGAN HORMAT KE PEJABAT ESKAYVIE SDN BHD

7 Julai 2025, Shah Alam – Perbadanan Wakaf Selangor (PWS) telah mengadakan Kunjungan Hormat ke Pejabat Eskayvie Sdn. Bhd. Delegasi PWS seramai tiga orang ini diketuai oleh YBrs Tuan Haji Anuar Hamzah bin Tohar, Ketua Pegawai Eksekutif PWS dan disambut mesra oleh YBhg. Dr. Syid Ayob Syid Mustafa Al-Qudri, Ketua Pegawai Eksekutif, Eskayvie Sdn. Bhd. di Laman Seri Business Park, Seksyen 13.

Turut serta dalam kunjungan ini adalah Encik Muhammad Hafiz bin Bahari, Pengurus Bahagian Korporat PWS dan Encik Mohd Sapie bin Tumiran, Pembantu Eksekutif, Unit Korporat, Media dan Promosi PWS.

Intipati Kunjungan dua hala ini bertujuan untuk berkongsi maklumat dan membincangkan berkenaan Wakaf Tunai Korporat, Wakaf Khas, perancangan dan hala tuju pembangunan hartanah, ekonomi dan sosial ummah melalui konsep wakaf agar dapat dilaksanakan seiring dengan misi dan visi PWS.

Semoga perjumpaan ini membuka ruang kerjasama antara PWS dan Eskayvie Sdn Bhd. bagi memartabatkan syiar dan ekonomi islam di Negeri Selangor.

Ayuh laksanakan wakaf tunai anda melalui PWS, saluran rasmi, diyakini dan dipercayai.

Layari Wakaf Selangor Online

https://fpx.wakafselangor.gov.my/

atau

https://infaqpay.my/go/wakafselangor

Untuk berwakaf tunai.

#wakafselangor

#wakaftunai

#wakafmembangunkanummah

#mudahnyaberwakaf #satuwakafsejutamanfaat

#eskayviesdnbhd

No Comments

Post A Comment