BICARA WAKAF BERSAMA WARGA HOSPITAL PAKAR AN-NUR “Biarpun Nafas Terhenti, Jariah Terus Mengalir”

BICARA WAKAF BERSAMA WARGA HOSPITAL PAKAR AN-NUR “Biarpun Nafas Terhenti, Jariah Terus Mengalir”

11 November 2025, Bangi –Perbadanan Wakaf Selangor (PWS) terus memperluas inisiatif dakwah dan kesedaran masyarakat mengenai keindahan ibadah wakaf melalui penganjuran Program Bicara Wakaf bersama warga Hospital Pakar An-Nur, Bangi.

Sesi bual bicara bertajuk “Biarpun Nafas Terhenti, Jariah Terus Mengalir” telah disampaikan oleh Encik Muhammad Hafiz bin Bahari, Pengurus Bahagian Korporat PWS. Program ini memberi pencerahan mengenai konsep, manfaat dan keberkatan wakaf sebagai satu bentuk pelaburan akhirat yang berterusan.

Dalam sesi tersebut, warga hospital turut diberikan peluang untuk menyertai dan melazimi ibadah wakaf melalui saluran rasmi PWS, sebagai tanda sokongan terhadap usaha memperkukuh institusi ummah dan membantu pembangunan kemudahan masyarakat di Selangor.

PWS merakamkan penghargaan kepada pihak pengurusan Hospital Pakar An-Nur atas kerjasama dan keterbukaan menerima program dakwah wakaf ini sebagai sebahagian daripada inisiatif kerohanian dan tanggungjawab sosial warga kerja.

📢 Jom berwakaf bersama PWS!

Kerana setiap sumbangan anda menjadi asbab pahala yang terus mengalir walau setelah kita tiada.

Ayuh laksanakan wakaf tunai anda melalui PWS, saluran rasmi, diyakini dan dipercayai.

Layari Wakaf Selangor Online

https://fpx.wakafselangor.gov.my/

atau

https://infaqpay.my/go/wakafselangor

Untuk berwakaf tunai.

#PerbadananWakafSelangor #WakafSelangor #WakafFisabilillah #BicaraWakaf #HospitalPakarAnNur #JariahBerkekalan #PahalaTerusMengalir #EkonomiMembangunkanUmmah

 

No Comments

Post A Comment