KUNJUNGAN HORMAT PWS KE HOSPITAL PAKAR AN-NUR

KUNJUNGAN HORMAT PWS KE HOSPITAL PAKAR AN-NUR

12 September 2025, Bangi – Perbadanan Wakaf Selangor (PWS) telah berkunjung ke Hospital Pakar An Nur (HPAN) di Bandar Baru Bangi.

Delegasi PWS seramai empat orang ini diketuai oleh YBrs. Tuan Haji Anuar Hamzah bin Tohar, Ketua Pegawai Eksekutif PWS dan disambut mesra oleh Tuan Haji Mohd Husni Abd Shukor, Ketua Pegawai Eksekutif, Annur Integrated Healthcare Group Sdn. Bhd.

Kunjungan ini bertujuan untuk membincangkan kerjasama strategik PWS dan An Nur akan diterjemahkan seperti penyerahan peralatan hospital (melalui potongan gaji staff) bagi manfaat pesakit dengan harga minima.

An Nur tiada halangan PWS meletakkan Tabung Wakaf Tunai (Tabung Kilat) di lobi Hospital.

Turut serta dalam program kunjungan hormat ini antaranya adalah Encik Muhammad Hafiz bin Bahari, Pengurus Bahagian Korporat PWS dan Encik Norizam bin Buang, Penolong Eksekutif Unit Korporat, Media dan Promosi , Bahagian Korporat PWS.

Ayuh laksanakan Wakaf Tunai anda melalui PWS, saluran rasmi, diyakini dan dipercayai.

Layari Wakaf Selangor Online

https://fpx.wakafselangor.gov.my

atau

https://infaqpay.my/go/wakafselangor

untuk berwakaf tunai.

#wakafselangor    

#wakaftunai

#wakafmembangunkanummah

#satuwakafsejutamanfaat

#hospitalpakarannur

No Comments

Post A Comment