PWS HADIRI KE MAJLIS SIMBOLIK PENYERAHAN AMBULANS WAKAF DI HOSPITAL SULTAN ABDUL AZIZ SHAH

PWS HADIRI KE MAJLIS SIMBOLIK PENYERAHAN AMBULANS WAKAF DI HOSPITAL SULTAN ABDUL AZIZ SHAH

28 Julai 2025, Serdang – Perbadanan Wakaf Selangor (PWS) telah menghadiri ke Majlis Simbolik Penyerahan Ambulans Wakaf yang dianjurkan oleh Pusat Pengurusan Wakaf, Zakat dan Infak (WAZAN) Universiti Putra Malaysia di Hospital Sultan Abdul Aziz Shah (HSAAS) Universiti Putra Malaysia.

Majlis tersebut telah dihadiri oleh YBrs Tuan Haji Anuar Hamzah bin Tohar, Ketua Pegawai Eksekutif PWS, Ketua Syariah, Lembaga Tabung Haji, Pengarah WAZAN, dan Pengurus Khidmat Sosial Lembaga Tabung Haji.

Ambulans wakaf ini adalah Projek wakaf yang telah dilancarkan sejak 2023 yang lalu direalisasikan dalam Majlis Simbolik Penyerahan Wakaf Ambulans menerusi Dana Wakaf Ilmu berjumlah RM600 Ribu yang disumbangkan oleh Lembaga Tabung Haji dan para penyumbang wakaf yang lain.

Pusat Pengurusan Wakaf, Zakat dan Infak (WAZAN) yang menjalankan fungsi mutawalli Perbadanan Wakaf Selangor (PWS), bertanggungjawab mengutip, mengumpul dan mengagihkan dana tersebut bagi manfaat warga UPM dan pesakit yang memerlukan.

Ayuh laksanakan wakaf tunai anda melalui PWS, saluran rasmi, diyakini dan dipercayai.

Layari Wakaf Selangor Online

https://fpx.wakafselangor.gov.my/

atau

https://infaqpay.my/go/wakafselangor

untuk berwakaf tunai

#wakafselangor

#wakaftunai

#wakafmembangunkanummah

#andawakafkamiagih

#terimakasihpewakaf

#satuwakafsejutamanfaat

No Comments

Post A Comment