14 Mac 2026, Gombak – Suasana Ramadan yang penuh keberkatan terserlah apabila Surau Al-Firdaus, Taman Bidara menganjurkan Majlis Iftar Jemaah dan Kariah bersama penghuni Pertubuhan Kebajikan Anak Yatim & Asnaf Teratak Ummi.
Majlis yang berlangsung dalam suasana penuh kasih sayang dan kebersamaan ini turut diserikan dengan kehadiran wakil Perbadanan Wakaf Selangor (PWS) yang bersama-sama meraikan anak-anak yatim serta komuniti setempat dalam semangat ukhuwah Ramadan.
Program seperti ini bukan sahaja mengeratkan hubungan antara masyarakat dan institusi agama, malah memperkukuh nilai keprihatinan sosial dalam kalangan komuniti.
PWS menzahirkan harapan agar program-program seumpama ini terus menyemarakkan semangat kebersamaan serta menggalakkan masyarakat untuk melazimi amalan kebajikan termasuk ibadah wakaf sebagai sedekah jariah yang berterusan.
No Comments