28 Jun 2025, Shah Alam – Perbadanan Wakaf Selangor (PWS) telah menyampaikan bicara wakaf di Industrial Quality Management Sdn Bhd (IQMSB) dan Azman Hamzah Plastik Sdn Bhd (AHPSB) sempena Maal Hijrah bertajuk “Walaupun Nafas Terhenti, Pahala Terus Mengalir”.
Bicara Wakaf tersebut telah disampaikan oleh Encik Muhammad Hafiz bin Bahari, Pengurus Bahagian Korporat PWS.
PWS juga turut membuka kaunter wakaf tunai disini bertujuan untuk berkongsi maklumat berkenaan peranan PWS di negeri Selangor sebagai institusi wakaf dan memberi peluang untuk kakitangan IQMSB dan AHPSB melaksanakan ibadah wakaf melalui secara tunai terus (one-off) atau potongan gaji di bulan yang mulia ini.
Semoga dengan program ini dapat memberi ruang dan peluang kepada kakitangan IQMSB dan AHPSB dalam melaksanakan ibadah dan meningkatkan amalan sunnah nabi Muhammad S.A.W di bulan yang mulia ini.
Ayuh laksanakan wakaf tunai anda melalui PWS, saluran rasmi, diyakini dan dipercayai.
No Comments