14 Mac 2026 – Sesi Tazkirah Ramadan di Surau Al-Mukhlisin Pangsapuri Semarak anjuran Perbadanan Wakaf Selangor (PWS) turut menerima sambutan yang memberangsangkan daripada para jemaah yang hadir bagi mengimarahkan pengisian Ramadan.
Melalui pengisian tazkirah tersebut, para jemaah diberi pendedahan mengenai kelebihan wakaf sebagai amalan sedekah jariah yang memberi manfaat berpanjangan kepada umat Islam.
Para jemaah dilihat menunjukkan minat yang tinggi terhadap pengisian yang disampaikan dan menghargai usaha PWS dalam mendekati masyarakat melalui program advokasi wakaf di institusi masjid dan surau.
Inisiatif seperti ini diharapkan dapat terus menyemai kesedaran wakaf dalam kalangan masyarakat serta menggalakkan lebih ramai pihak untuk bersama-sama menyumbang ke arah pembangunan ummah melalui wakaf.
No Comments