14 Mac 2026, Shah Alam – Program Tazkirah Ramadan anjuran Perbadanan Wakaf Selangor (PWS) di Surau Elmina Garden telah mendapat sambutan yang baik daripada para jemaah yang hadir bagi mengimarahkan pengisian ilmu sepanjang bulan Ramadan.
Pengisian tazkirah yang disampaikan memberi pendedahan kepada para jemaah mengenai kepentingan memperbanyakkan amal kebajikan sepanjang Ramadan termasuk melazimi ibadah wakaf sebagai sedekah jariah yang pahalanya berterusan.
Para jemaah dilihat memberi perhatian penuh terhadap pengisian yang disampaikan dan mengambil peluang untuk mendalami kefahaman mengenai peranan wakaf dalam membantu pembangunan institusi agama serta kebajikan masyarakat.
Program seperti ini dilihat mampu menyemarakkan lagi penghayatan Ramadan dalam kalangan masyarakat serta menggalakkan umat Islam untuk terus memperbanyakkan amalan kebajikan.
No Comments