PWS SEBARLUASKAN SUMBANGAN WAKAF FISABILILLAH KEPADA INSTITUSI PENDIDIKAN

PWS SEBARLUASKAN SUMBANGAN WAKAF FISABILILLAH KEPADA INSTITUSI PENDIDIKAN

30 Oktober 2025, Sepang – Perbadanan Wakaf Selangor (PWS) terus komited memperkukuh peranan wakaf dalam sektor pendidikan dengan menyerahkan sumbangan wakaf fisabilillah berjumlah RM50,000 kepada KAFA Integrasi Baitul Hikmah, Bandar Baru Salak Tinggi.

Sumbangan tersebut bertujuan untuk pembelian sebuah bangunan tiga tingkat bagi menyediakan persekitaran pembelajaran yang lebih selesa dan kondusif kepada murid-murid. 

Penyerahan disempurnakan oleh AF Ustaz Ibnu Hubain bin Abdul Aziz, Eksekutif Unit Kutipan dan Agihan, Bahagian Korporat PWS, yang turut menyampaikan taklimat wakaf kepada warga pendidik sekolah tersebut. 

Kaunter Wakaf PWS turut dibuka bagi memberi peluang kepada guru dan kakitangan menunaikan ibadah wakaf serta mendapatkan maklumat lanjut mengenai inisiatif PWS. 

Wakaf mendidik, membina, dan mengangkat martabat ilmu untuk manfaat ummah sepanjang zaman.

Ayuh laksanakan wakaf tunai anda melalui PWS, saluran rasmi, diyakini dan dipercayai.

Layari Wakaf Selangor Online

https://fpx.wakafselangor.gov.my/

atau

https://infaqpay.my/go/wakafselangor

Untuk berwakaf tunai.

#PerbadananWakafSelangor #WakafFisabilillah #WakafPendidikan #KAFAIBaitulHikmah #Sepang #WakafSelangor #PahalaBerkekalan   #WakafMembangunkanUmmah

No Comments

Post A Comment