23 Oktober 2025, Sabak Bernam – Perbadanan Wakaf Selangor (PWS) terus komited memperkukuh peranan wakaf dalam pembangunan pendidikan Islam di negeri Selangor.
PWS telah menyerahkan Sumbangan Wakaf Fisabilillah berjumlah RM45,000 kepada KAFA Integrasi Salehuddin, Panchang Bedena, Sungai Besar bagi tujuan naik taraf sistem pendawaian elektrik sekolah.
Sumbangan ini diharap dapat meningkatkan keselamatan dan keselesaan para pelajar serta tenaga pengajar dalam menjalani sesi pembelajaran harian.
Cek cura sumbangan telah disampaikan oleh Encik Muhammad Hafiz bin Bahari, Pengurus Bahagian Korporat PWS, dan disambut mesra oleh Ketua Guru KAFA Integrasi Salehuddin selaku wakil penerima.
Majlis turut diserikan dengan Taklimat Wakaf yang disampaikan oleh Encik Muhammad Hafiz, berkongsi tentang peranan wakaf sebagai instrumen pembangunan ummah dan peluang jariah berterusan buat umat Islam.
Selain itu, kaunter wakaf PWS turut dibuka bagi memberi ruang kepada para guru dan hadirin untuk menunaikan wakaf serta mendapatkan maklumat lanjut mengenai program wakaf di bawah PWS.
Terima kasih kepada semua pewakaf yang terus menyokong usaha memperkasa pendidikan Islam melalui wakaf.
Sesungguhnya, wakaf yang diinfakkan hari ini menjadi sumber keberkatan yang mengalir tanpa henti.
Ayuh laksanakan wakaf tunai anda di PWS, saluran rasmi, diyakini dan dipercayai.
Layari Wakaf Selangor Online
https://fpx.wakafselangor.gov.my
atau
https://infaqpay.my/go/wakafselangor
untuk berwakaf tunai.
#PerbadananWakafSelangor #WakafFisabilillah #PWSPrihatin #WakafPendidikan #KAFASalehuddin #PanchangBedena #BersamaPWS #JariahBerkekalan #WakafUntukUmmah
No Comments