4 Jun 2025, Sepang – Perbadanan Wakaf Selangor (PWS) telah menyerahkan sumbangan Wakaf Fisabilillah berjumlah RM 25 Ribu kepada KAFA Integrasi Ulumuddin, Bukit Bangkong, Sungai Pelek.
Serahan cek cura tersebut telah disampaikan oleh YBrs Tuan Haji Anuar Hamzah bin Tohar, Ketua Pegawai Eksekutif PWS dan disambut mesra oleh Ketua Guru, Ustazah Siti Mastura binti Miskam serta disaksikan oleh guru-guru di sekolah berkenaan.
Sumbangan sebanyak RM25 ribu tersebut adalah bertujuan untuk baik pulih bangunan di sekolah berkenaan.
Taklimat wakaf juga turut diadakan di sini yang disampaikan oleh YBrs Tuan Haji Anuar sendiri bagi menyebarluaskan lagi dakwah, kefahaman dan kesedaran serta hikmah dan fadhilat berwakaf kepada guru-guru disekolah tersebut serta memberi peluang kepada guru-guru melaksanakan ibadah wakaf melalui kaedah potongan gaji, secara terus (one-off) dan QR code.
Semoga sumbangan ini memberi manfaat kepada guru dan pelajar dan menjadikan jariah yang mengalir kepada pewakaf-pewakaf yang menyumbang di PWS sehingga yaumulakhirah.
Ayuh laksanakan wakaf tunai anda melalui PWS, saluran rasmi, diyakini dan dipercayai.
No Comments