3 Jun 2025, Shah Alam – Perbadanan Wakaf Selangor (PWS) telah menganjurkan Program Ziarah Mahabbah pada petang ini bertempat di kediaman salah seorang pewakaf hartanah di Kampung Melayu Subang, Shah Alam. Program ini merupakan salah satu inisiatif PWS untuk menyantuni dan menghargai jasa serta keikhlasan para pewakaf yang terus istiqamah melaksanakan ibadah wakaf bersama PWS.
Delegasi PWS seramai enam orang telah diketuai oleh YBrs. Tuan Haji Anuar Hamzah bin Tohar, Ketua Pegawai Eksekutif PWS dan disambut mesra oleh pewakaf sekeluarga. Kunjungan ini bertujuan mengeratkan silaturrahim antara PWS dan pewakaf di samping menyampaikan penghargaan secara langsung atas sumbangan wakaf rumah yang telah diberikan.
Semoga ibadah wakaf yang dilaksanakan oleh para pewakaf menjadi amal jariah yang berpanjangan serta memberi manfaat berterusan kepada umat Islam, dunia dan akhirat.
No Comments