13 Mac 2026, Shah Alam – Bersempena Bulan Ramadan dan Bulan Wakaf Selangor, Perbadanan Wakaf Selangor (PWS) turut membuka kaunter wakaf kepada warga Jabatan Kerja Raya (JKR) Selangor bagi memberi peluang kepada kakitangan melazimi ibadah wakaf secara terus.
Kaunter wakaf yang dibuka selepas sesi taklimat tersebut mendapat sambutan yang amat memberangsangkan, apabila ramai warga JKR mengambil peluang untuk berwakaf sebagai sebahagian daripada amalan sedekah jariah yang berpanjangan.
Inisiatif ini membuka ruang kepada masyarakat untuk menyumbang secara langsung kepada pembangunan dan kebajikan umat Islam melalui pelbagai projek wakaf yang dilaksanakan di Negeri Selangor.
PWS berharap pendekatan advokasi seperti ini dapat terus meningkatkan kesedaran masyarakat terhadap kepentingan wakaf serta menggalakkan lebih ramai pihak untuk bersama-sama menyertai agenda pembangunan wakaf negeri.
Ayuh bersama melazimi ibadah wakaf kerana setiap sumbangan merupakan saham akhirat yang manfaatnya terus mengalir demi kesejahteraan ummah.
No Comments