12 Mac 2026, Sabak Bernam – KDEB Waste Management menyalurkan Wakaf Tunai Korporat berjumlah RM30,000 melalui Perbadanan Wakaf Selangor (PWS) sebagai sokongan terhadap usaha memperkukuh pembangunan wakaf di Negeri Selangor.
Sumbangan tersebut disampaikan sempena Majlis Ihya’ Ramadhan 1447H Daerah Sabak Bernam yang berlangsung di Masjid Marzukiyah, Kampong Lubuk Pusing dan telah disempurnakan akadnya di hadapan DYTM Raja Muda Selangor.
Inisiatif ini mencerminkan komitmen berterusan KDEB Waste Management dalam menyokong agenda kebajikan dan pembangunan ummah melalui pendekatan wakaf yang mampan dan berimpak tinggi.
PWS merakamkan penghargaan kepada KDEB Waste Management atas sokongan yang diberikan dalam menjayakan agenda wakaf di Negeri Selangor.
No Comments