Kuliah Zohor dan Kaunter Wakaf PWS Tarik Sambutan Jemaah di Masjid An-Nur Temasya Glenmarie

Kuliah Zohor dan Kaunter Wakaf PWS Tarik Sambutan Jemaah di Masjid An-Nur Temasya Glenmarie

 

12 Mac 2026, Shah Alam – Program pengimarahan masjid terus diperkasa apabila Perbadanan Wakaf Selangor (PWS) turut menganjurkan Kuliah Zohor di Masjid An-Nur Temasya Glenmarie sebagai sebahagian daripada inisiatif advokasi wakaf sempena Bulan Wakaf Selangor.

Kuliah tersebut telah disampaikan oleh Ustaz Muhammad Hafizuddin Mohamad Sharil, Pegawai Unit Kutipan dan Agihan PWS, yang menekankan kepentingan menghidupkan amalan wakaf sebagai sedekah jariah yang berterusan serta instrumen pembangunan ummah yang memberi manfaat jangka panjang.

Bagi memudahkan penyertaan masyarakat, kaunter wakaf PWS turut dibuka kepada para jemaah, sekali gus memberi peluang kepada masyarakat untuk melazimi ibadah wakaf dan menyumbang kepada pembangunan institusi agama.

Sambutan yang diterima amat menggalakkan apabila ramai jemaah mengambil peluang untuk berwakaf selepas sesi kuliah sebagai tanda sokongan terhadap agenda pembangunan wakaf negeri.

Program ini mencerminkan pendekatan turun padang PWS dalam memperluas kesedaran wakaf dalam kalangan masyarakat, di samping menggalakkan budaya berwakaf sebagai amalan kebajikan yang berterusan.

Ayuh bersama merebut keberkatan Ramadan dengan berwakaf, kerana setiap sumbangan merupakan saham akhirat yang manfaatnya terus mengalir demi kesejahteraan ummah.


 

No Comments

Post A Comment