1 Januari 2026, Shah Alam – Perbadanan Wakaf Selangor (PWS) telah menyerahkan sumbangan Agihan Tabung Wakaf berjumlah RM18,895.00 kepada Madrasah Nahdatul Islamiyyah, Seksyen 3, Shah Alam bagi tujuan kerja-kerja pendawaian elektrik bilik jenazah serta pemasangan penyaman udara, sekali gus meningkatkan keselesaan dan fungsi kemudahan surau dan madrasah.
Penyerahan cek cura tersebut telah disempurnakan oleh Ustaz Muhammad Hafizuddin bin Mohamad Sharil, Pegawai Unit Kutipan dan Agihan PWS, dan disambut mesra oleh Pengerusi Madrasah Nahdatul Islamiyyah.
Untuk makluman, sumbangan ini merupakan agihan 50% daripada kutipan Tabung Wakaf Tunai yang ditempatkan di surau berkenaan, yang dikembalikan semula kepada institusi tersebut dalam bentuk aset dan kemudahan demi manfaat jemaah setempat. Pendekatan ini mencerminkan prinsip ketelusan dan kebertanggungjawaban PWS dalam mengurus serta mengagihkan dana wakaf.
Turut hadir memeriahkan majlis penyerahan ialah YAD Senator Dato’ Setia Haji Salehuddin bin Saidin, Pengerusi Majlis Agama Islam Selangor (MAIS), yang juga merupakan jemaah di madrasah tersebut.
PWS merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada para pewakaf atas sokongan berterusan, kerana setiap sumbangan wakaf yang diberikan bukan sahaja dimanfaatkan, malah dikembalikan kepada komuniti dalam bentuk kebaikan yang nyata dan berpanjangan.
Ayuh laksanakan wakaf tunai anda di PWS, saluran rasmi, diyakini dan dipercayai.
Layari Wakaf Selangor Online
https://fpx.wakafselangor.gov.my
atau
https://infaqpay.my/go/wakafselangor
untuk berwakaf tunai.
#WakafSelangor #WakafMembangukanUmmah
#PerbadananWakafSelangor
#AgihanTabungWakaf
#WakafTunai
#MadrasahNahdatulIslamiyyah
#ManfaatKepadaUmmah
#WakafBerimpak
No Comments