PWS TERUS SEBARLUASKAN “SATU WAKAF, SEJUTA MANFAAT” DAN MENYANTUNI WARGA KERJA MAJLIS BANDARAYA SHAH ALAM

PWS TERUS SEBARLUASKAN “SATU WAKAF, SEJUTA MANFAAT” DAN MENYANTUNI WARGA KERJA MAJLIS BANDARAYA SHAH ALAM

 

22 Mei 2025, Shah Alam – Perbadanan Wakaf Selangor (PWS) dengan kerjasama Badan Dakwah Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) telah mengadakan perkongsian wakaf kepada kakitangan MBSA betempat di Dewan Banquet Wisma MBSA yang turut menampilkan fiqura dakwah terkenal AF Ustaz Abdullah Al-Amin.

Taklimat telah disampaikan oleh Encik Muhammad Hafiz bin Bahari, Pengurus Bahagian Korporat PWS bertujuan untuk menyebarluaskan lagi dakwah, kefahaman dan kesedaran serta hikmah dan fadhilat dalam memperluaskan lagi maksud “Satu Wakaf, Sejuta Manfaat” kepada kakitangan MBSA. Selain itu PWS juga turut menyerahkan Sijil Penghargaan kepada MBSA di atas sumbangan wakaf tunai korporat yang telah dilaksanakan pada Bulan Ramadhan yang lalu.

PWS juga turut membuka kaunter wakaf tunai disini bertujuan untuk memberi peluang kepada kakitangan MBSA melaksanakan ibadah wakaf melalui potongan gaji, auto debit, debit langsung (direct debit), secara terus (one-off) dan QR code.

Turut serta pembukaan pameran tersebut ialah dari Majlis Agama Islam Selangor (MAIS), Lembaga Zakat Selangor (LZS) dan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).

Semoga dengan perkongsian ini dapat memberi ruang dan peluang kepada kakitangan MBSA dalam melaksanakan ibadah dan meningkatkan amalan sunnah nabi Muhammad S.A.W.

Sebagaimana Sabda Nabi SAW: “Apabila mati seorang manusia, terputus segala amalannya kecuali tiga perkara : sedekah jariah (wakaf), ilmu yang dimanfaat dengannya, dan anak soleh yang mendokan baginya” (Hadis riwayat Muslim)

Ayuh laksanakan wakaf tunai anda di PWS, saluran rasmi, diyakini dan dipercayai.

Layari Wakaf Selangor Online

https://fpx.wakafselangor.gov.my

atau

https://infaqpay.my/go/wakafselangor

untuk berwakaf tunai.

#wakafselangor

#wakaftunai

#wakafmembangunkanummah

#indahnyaberwakaf

#satuwakafsejutamanfaat

#mbsa

No Comments

Post A Comment