KULIAH MAGHRIB KHAS “WAKAF,PERSEDIAAN SEBELUM KEMATIAN “ DI MASJID AL-MAKMURIAH

KULIAH MAGHRIB KHAS “WAKAF,PERSEDIAAN SEBELUM KEMATIAN “ DI MASJID AL-MAKMURIAH

11 Oktober 2025, Petaling Jaya – Perbadanan Wakaf Selangor (PWS) terus giat dalam berkongsi “Wakaf, Persediaan Sebelum Kematian” melalui kuliah Maghrib Khas bersama jemaah Masjid Al-Makmuriah, Kayu Ara Damansara.

Kuliah telah disampaikan oleh AF Ustaz Muhammad Hafizuddin bin Mohamad Sharil, Pegawai Unit Kutipan dan Agihan Bahagian Korporat PWS adalah bertujuan untuk menyebarluaskan lagi dakwah, kefahaman dan kesedaran serta hikmah dan fadhilat dalam melaksanakan Ibadah wakaf.

Sebagaimana Sabda Nabi SAW: “Apabila mati seorang manusia, terputus segala amalannya kecuali tiga perkara : sedekah jariah (wakaf), ilmu yang dimanfaat dengannya, dan anak soleh yang mendoakan baginya” (Hadis riwayat Muslim)

Turut dibuka kaunter wakaf tunai bagi memberi peluang kepada para jemaah melaksanakan ibadah wakaf melalui kaedah potongan gaji, auto debit, debit langsung (direct debit), secara terus (one-off) dan QR code.

Ayuh laksanakan wakaf tunai anda di PWS, saluran rasmi, diyakini dan dipercayai.

Layari Wakaf Selangor Online

https://fpx.wakafselangor.gov.my

Atau

https://infaqpay.my/go/wakafselangor

untuk berwakaf tunai.

#wakafselangor

#wakaftunai

#wakafmembangunkanummah

#satuwakafsejutamanfaat

No Comments

Post A Comment