14 Ogos 2025, Shah Alam – Perbadanan Wakaf Selangor (PWS) telah menyerahkan sumbangan sumbangan wakaf fisabilillah berjumlah RM 39,000.00 kepada Masjid Al Muttaqin, Permatang Pasir bagi tujuan mengecat ruang sekitar masjid yang sudah daif.
Serahan cek cura tersebut telah diserahkan kepada Tuan Haji Sauliman Mohideen Nazir masjid berkenaan.
“Alhamdulillah dengan sumbangan wakaf yang diberikan, secara tidak mengindahkan persekitaran masjid dan secara tidak langsung ada nilai tambah masjid sebagai pusat syiar islam” Ujar Nazir Masjid
Dalam masa yang sama, PWS juga turut berpeluang berkongsi perihal wakaf kepada Jemaah yang hadir dan disampaikan oleh AF Ustaz Suffian Assauri Omar, Pegawai dari Unit Kutipan dan Agihan, Bahagian Korporat PWS bagi menyebarluaskan lagi dakwah, kefahaman dan kesedaran serta hikmah dan fadhilat berwakaf dan peranan PWS sebagai Institusi wakaf di negeri Selangor.
Turut memberi peluang kepada ahli kariah untuk melaksanakan ibadah wakaf melalui kaedah potongan gaji, auto debit, debit langsung (direct debit), secara terus (one-off) dan QR code.
Semoga sumbangan ini memberi manfaat kepada ahli kariah masjid dan menjadikan jariah yang mengalir kepada pewakaf-pewakaf yang menyumbang sehingga yaumulakhirah.
Sebagaimana Sabda Nabi SAW: “Apabila mati seorang manusia, terputus segala amalannya kecuali tiga perkara : sedekah jariah (wakaf), ilmu yang dimanfaat dengannya, dan anak soleh yang mendokan baginya” (Hadis riwayat Muslim)
Ayuh laksanakan wakaf tunai anda di PWS, saluran rasmi, diyakini dan dipercayai.
Layari Wakaf Selangor Online
https://fpx.wakafselangor.gov.my
atau
https://infaqpay.my/go/wakafselangor
untuk berwakaf tunai.
#wakafselangor
#wakaftunai
#wakafmembangunkanummah
#indahnyaberwakaf
#andawakafkamiagih
#terimakasihPEWAKAF
No Comments