PWS TERUS SEBARLUASKAN TAZKIRAH JUMAAT ”WAKAF:PERSEDIAAN SEBELUM KEMATIAN” DI MASJID AN-NAIM JALAN KEBUN

PWS TERUS SEBARLUASKAN TAZKIRAH JUMAAT ”WAKAF:PERSEDIAAN SEBELUM KEMATIAN” DI MASJID AN-NAIM JALAN KEBUN

13 Jun 2025 – Klang, Perbadanan Wakaf Selangor (PWS) dengan kerjasama pihak pengurusan Masjid An-Naim, Kampung Jalan Kebun telah mengadakan sesi Tazkirah Jumaat yang bertajuk “Wakaf : Persediaan Sebelum Kematian”.

Tazkirah Jumaat itu telah disampaikan oleh Al Fadhil Ustaz Muhammad Hafizuddin bin Mohamad Sharil, Pegawai Unit Kutipan dan Agihan PWS.

Kaunter informasi dan penyertaan Wakaf Tunai juga turut dibuka bagi memberi peluang ahli kariah dan jemaah setempat melaksanakan ibadah Wakaf Tunai ini.

Matlamat utama program ini adalah untuk menyebarluaskan kefahaman dan kesedaran berkaitan ibadah wakaf serta hikmah dan keindahan wakaf itu sendiri.

Ayuh laksanakan Wakaf Tunai anda melalui PWS, saluran rasmi, diyakini dan dipercayai.

Layari Wakaf Selangor Online

https://fpx.wakafselangor.gov.my/

atau

https://infaqpay.my/go/wakafselangor

untuk berwakaf tunai

#wakafselangor

#wakaftunai

#wakafmembangunkanummah

#indahnyaberwakaf

#satuwakafsejutamanfaat

#masjidannaimjalankebun

No Comments

Post A Comment