TERIMA KASIH PEJUANG-PEJUANG WAKAF DINEGERI SELANGOR -Jariah Anda Kami Suburkan Kepada Masjid As-Salam-

TERIMA KASIH PEJUANG-PEJUANG WAKAF DINEGERI SELANGOR -Jariah Anda Kami Suburkan Kepada Masjid As-Salam-

26 Julai 2025, Hulu Selangor – Perbadanan Wakaf Selangor (PWS) telah menyerahkan sumbangan Wakaf Fisabilillah berjumlah RM 50 Ribu kepada Masjid As-Salam, Bukit Sentosa, Rawang.

Serahan cek cura tersebut telah disampaikan oleh Encik Mohd Hafiz bin Ismail, Pengurus Bahagian Kewangan PWS dan disambut mesra oleh Jawatankuasa masjid untuk tujuan mengecat koridor dan ruang solat utama di masjid berkenaan.

Tazkirah wakaf  juga turut diadakan di sini yang disampaikan oleh AF Ustaz Muhammad Suffian Assauri, Pegawai Unit Kutipan dan Agihan PWS bagi menyebarluaskan lagi dakwah, kefahaman dan kesedaran serta hikmah dan fadhilat berwakaf dan peranan PWS sebagai Institusi wakaf di negeri Selangor serta memberi peluang kepada jemaah dan ahli kariah melazimi ibadah wakaf melalui kaedah potongan gaji, auto debit, direct debit (debit langsung) secara terus (one-off) dan QR code.

Semoga sumbangan ini dan tazkirah yang sampaikan memberi manfaat kepada jemaah dan menjadikan jariah yang mengalir kepada pewakaf-pewakaf yang menyumbang di PWS sehingga yaumulakhirah.

Ayuh laksanakan wakaf tunai anda melalui PWS, saluran rasmi, diyakini dan dipercayai.

Layari Wakaf Selangor Online

https://fpx.wakafselangor.gov.my/

atau

https://infaqpay.my/go/wakafselangor

untuk berwakaf tunai.

#wakafselangor

#wakaftunai

#wakafmembangunkanummah

#andawakafkamiagih

#terimakasihpewakaf

#satuwakafsejutamanfaat

#masjidassalambukitsentosa

 

 

No Comments

Post A Comment