30 Mei 2024, Petaling – Perbadanan Wakaf Selangor (PWS) dengan kerjasama pihak Masjid As-Syarif, Taman Sungai Besi Indah, Seri Kembangan telah mengadakan sesi Tazkirah Jumaat yang bertajuk “Wakaf, Persediaan Sebelum Kematian”.
Tazkirah Jumaat itu telah disampaikan oleh Al Fadhil Ustaz Muhammad Hafizuddin bin Mohamad Sharil, Pegawai Unit Kutipan dan Agihan, Bahagian Korporat PWS.
Matlamat utama program ini adalah untuk menyebarluaskan kefahaman dan kesedaran berkaitan ibadah wakaf serta hikmah dan keindahan wakaf itu sendiri.
Kaunter informasi dan penyertaan Wakaf Tunai juga turut dibuka bagi memberi peluang ahli kariah setempat melaksanakan ibadah Wakaf Tunai ini.
Ayuh laksanakan Wakaf Tunai anda melalui PWS, saluran rasmi, diyakini dan dipercayai.
No Comments