27 Jun 2025 – Perbadanan Wakaf Selangor (PWS) terus giat sebarluaskan kuliah wakaf kepada masjid di negeri Selangor sempena Maal Hijrah.
Kuliah wakaf telah disampaikan oleh AF Ustaz Muhammad Hafizuddin Muhamad Sharil, Penolong Pegawai Eksekutif Unit Kutipan dan Agihan PWS di Masjid Bandar Baru Ampang, Hulu Langat (Kuliah Subuh).
Kuliah yang disampaikan adalah bagi menyebarluaskan lagi dakwah, kefahaman dan kesedaran serta hikmah dan fadhilat berwakaf, PWS juga turut membuka kaunter wakaf tunai untuk memberi peluang kepada para jemaah melaksanakan ibadah wakaf.
Ayuh laksanakan wakaf tunai anda melalui PWS, saluran rasmi, diyakini dan dipercayai.
No Comments