31 Ogos 2025 – Perbadanan Wakaf Selangor (PWS) terus sebarluaskan wakaf dan menyantuni masyarakat di negeri Selangor bagi memperkasakan lagi dakwah, kefahaman, kesedaran serta hikmah dan fadhilat kepada masyarakat untuk melaksanakan ibadah wakaf di seluruh negeri Selangor.
Kuliah telah disampaikan oleh AF Ustaz Muhammad Hafizuddin Mohamad Sharil, Pegawai Unit Kutipan dan Agihan Bahagian Korporat PWS di Masjid Cahaya Iman, Bandar Country Homes Rawang (Kuliah Mahgrib).
Selain itu, kaunter wakaf tunai turut dibuka bagi memberi peluang kepada ahli kariah melaksanakan ibadah wakaf melalui kaedah potongan gaji, auto debit, debit langsung (direct debit), secara terus (one-off) dan QR code.
Ayuh laksanakan wakaf tunai anda di PWS, saluran rasmi, diyakini dan dipercayai.
No Comments