PWS SERAH SUMBANGAN WAKAF FISABILLAH RM17,850.00 UNTUK MANFAAT PELAJAR-PELAJAR TAHFIZ DAN JEMAAH MASJID ISTANA DIRAJA

PWS SERAH SUMBANGAN WAKAF FISABILLAH RM17,850.00 UNTUK MANFAAT PELAJAR-PELAJAR TAHFIZ DAN JEMAAH MASJID ISTANA DIRAJA

18 Julai 2025, Klang – Perbadanan Wakaf Selangor (PWS) telah menyerahkan sumbangan Wakaf Fisabilillah berjumlah RM 17,850.00 kepada Masjid Istana Diraja, Istana Alam Shah.

Serahan cek cura telah disempurnakan oleh YBrs Tuan Haji Anuar Hamzah bin Tohar, Ketua Pegawai Eksekutif PWS dan disambut mesra oleh YAD Tengku Indera Pahlawan Diraja Selangor, Tengku Dato’ Setia Putra Alhaj bin Tengku Azman Shah Al-Haj serta disaksikan oleh YDM Tengku Seri Paduka Shah Bandar, Orang Besar Istana merangkap Ahli Lembaga Pengarah PWS, Tengku Dato’ Ardy Esfandiari bin Tengku Abdul Hamid Shah dan YBrs Tuan Fahrin bin Asmawi, Dato’ Pengelola Bijaya Diraja Kepada DYMM Sultan Selangor.

Sumbangan tersebut bertujuan untuk pemasangan dekoratif bidai berukir untuk kegunaan pelajar-pelajar tahfiz dan jemaah di Masjid berkenaan.

Selain itu, YBrs Tuan Haji Anuar Hamzah juga telah menyampaikan bicara wakaf bertajuk “Satu Wakaf, Sejuta Manfaat” – “Biarpun Nafas Terhenti, Jariah Tetap Mengalir” kepada kakitangan Istana Alam Shah bagi menyebarluaskan lagi dakwah, memberi kefahaman dan kesedaran serta hikmah, fadhilat berwakaf dan peranan PWS sebagai institusi wakaf di negeri Selangor.

Turut dibuka kaunter wakaf tunai untuk memberi peluang kepada kakitangan Istana Alam Shah dalam melaksanakan ibadah wakaf melalui kaedah potongan gaji, auto debit, debit langsung (direct debit), secara terus (one-off) dan QR code.

Turut serta di majlis tersebut adalah YDM Tengku Seri Andika DiRaja, Tengku Dato’ Iskandar Shah bin Tengku Ismail Shah Alhaj, Tuan Haji Mohd Rasid bin Mahful, Al Fadhil Imam Paduka Tuan dan kakitangan Istana Alam Shah.

Semoga sumbangan ini memberi manfaat kepada pelajar-pelajar tahfiz dan jemaah di masjid tersebut dan menjadikan jariah yang mengalir kepada pewakaf-pewakaf yang menyumbang sehingga yaumulakhirah.

Sebagaimana Sabda Nabi SAW: “Apabila mati seorang manusia, terputus segala amalannya kecuali tiga perkara : sedekah jariah (wakaf), ilmu yang dimanfaat dengannya, dan anak soleh yang mendokan baginya” (Hadis riwayat Muslim)

Ayuh laksanakan wakaf tunai anda di PWS, saluran rasmi, diyakini dan dipercayai.

Layari Wakaf Selangor Online

https://fpx.wakafselangor.gov.my

atau

https://infaqpay.my/go/wakafselangor

untuk berwakaf tunai.

#wakafselangor

#wakaftunai

#wakafmembangunkanummah

#indahnyaberwakaf

#andawakafkamiagih

#terimakasihPEWAKAF

#masjidistanadiraja

No Comments

Post A Comment