PWS SALUR SUMBANGAN WAKAF FISABILILLAH SEBANYAK RM 47,000.00 KEPADA MASJID JAMEK SUNGAI BURONG

PWS SALUR SUMBANGAN WAKAF FISABILILLAH SEBANYAK RM 47,000.00 KEPADA MASJID JAMEK SUNGAI BURONG

10 Mei 2025, Kuala Selangor – Perbadanan Wakaf Selangor (PWS) telah menyerahkan sumbangan Wakaf Fisabilillah berjumlah RM 47 Ribu kepada Masjid Jamek Sungai Burong, Tanjung Karang.

Serahan cek cura tersebut telah disampaikan oleh AF Ustaz Muhammad Suffian Assauri bin Omar, Penolong Eksekutif Unit Kutipan dan Agihan, Bahagian Korporat PWS untuk membina dewan mini terbuka di masjid berkenaan.

Taklimat wakaf  juga turut diadakan di sini yang disampaikan oleh AF Ustaz Suffian sendiri bagi menyebarluaskan lagi dakwah, kefahaman dan kesedaran serta hikmah dan fadhilat berwakaf kepada jemaah di masjid tersebut serta memberi peluang kepada jemaah melaksanakan ibadah wakaf melalui kaedah potongan gaji, secara terus (one-off) dan QR code.

Semoga sumbangan ini memberi manfaat kepada ahli kariah dan menjadikan jariah yang mengalir kepada pewakaf-pewakaf yang menyumbang di PWS sehingga yaumulakhirah.

Ayuh laksanakan wakaf tunai anda melalui PWS, saluran rasmi, diyakini dan dipercayai.

Layari Wakaf Selangor Online

https://fpx.wakafselangor.gov.my/

atau

https://infaqpay.my/go/wakafselangor

untuk berwakaf tunai.

#wakafselangor

#wakaftunai

#wakafmembangunkanummah

#andawakafkamiagih

#masjidjameksungaiburong

 

No Comments

Post A Comment