17 Oktober 2025, Klang – Perbadanan Wakaf Selangor (PWS) meneruskan usaha mendekati masyarakat melalui program Tazkirah Jumaat Bersama PWS yang berlangsung di Masjid Kampung Johan Setia, Klang.
Sesi tazkirah bertajuk “Wakaf: Persediaan Sebelum Kematian” telah disampaikan oleh Ustaz Muhamad Hafizuddin bin Mohamad Sharil, Pegawai Unit Kutipan dan Agihan, Bahagian Korporat PWS.
Dalam perkongsiannya, beliau menekankan bahawa wakaf bukan sekadar sedekah harta, tetapi merupakan tanda keimanan dan persiapan rohani menuju kehidupan abadi di akhirat.
Wakaf adalah peluang untuk meninggalkan legasi kebaikan yang terus mengalir walaupun setelah jasad tiada.
Bersempena program ini, kaunter wakaf PWS turut dibuka bagi memudahkan para jemaah menunaikan wakaf secara terus serta mendapatkan maklumat mengenai pelbagai inisiatif wakaf yang dilaksanakan di negeri Selangor.
PWS terus komited dalam memperkukuh budaya berwakaf sebagai salah satu tunjang kekuatan ekonomi dan sosial ummah di bawah gagasan “Wakaf Membangunkan Ummah”.
🤲 Terima kasih kepada semua pewakaf yang terus bersama menjayakan agenda kebajikan dan pembangunan umat Islam di Selangor.
Sesungguhnya, wakaf hari ini adalah bekalan menuju hari yang kekal abadi.
Ayuh laksanakan wakaf tunai anda di PWS, saluran rasmi, diyakini dan dipercayai.
Layari Wakaf Selangor Online
https://fpx.wakafselangor.gov.my
atau
https://infaqpay.my/go/wakafselangor
untuk berwakaf tunai.
#PerbadananWakafSelangor #WakafMembangunkanUmmah #TazkirahJumaatPWS #MasjidKgJohanSetia #PWSPrihatin #WakafSelangor #WakafPersediaanSebelumKematian #JariahBerkekalan #BersamaPWS
No Comments