PWS MENYERAHKAN SUMBANGAN WAKAF FISABILILLAH BERJUMLAH RM50,000 KEPADA MASJID KAMPUNG KUANTAN

PWS MENYERAHKAN SUMBANGAN WAKAF FISABILILLAH BERJUMLAH RM50,000 KEPADA MASJID KAMPUNG KUANTAN

27 Jun 2025, Klang – Perbadanan Wakaf Selangor (PWS) menyerahkan sumbangan wakaf  fisabilillah bernilai RM 50,000.00 kepada Masjid Kampung Kuantan, Bukit Kuda.

Serahan cek cura telah disampaikan oleh AF Ustaz Suffian Assauri bin Omar, Penolong Eksekutif Unit Kutipan dan Agihan Bahagian Korporat PWS dan disambut mesra oleh Nazir masjid berkenaan. Sumbangan tersebut adalah untuk penggantian karpet baharu.

Turut diadakan Kuliah Maghrib khas di masjid tersebut bagi menyebarluaskan lagi dakwah, kefahaman dan kesedaran serta hikmah dan fadhilat berwakaf, PWS juga turut membuka kaunter wakaf tunai untuk memberi peluang kepada para jemaah melaksanakan ibadah wakaf.

Semoga sumbangan ini memberi manfaat kepada jemaah dan menjadikan jariah yang mengalir kepada pewakaf-pewakaf yang menyumbang di PWS sehingga yaumulakhirah.

Sebagaimana Sabda Nabi SAW: “Apabila mati seorang manusia, terputus segala amalannya kecuali tiga perkara : sedekah jariah (wakaf), ilmu yang dimanfaat dengannya, dan anak soleh yang mendokan baginya” (Hadis riwayat Muslim)

Ayuh laksanakan wakaf tunai anda melalui PWS, saluran rasmi, diyakini dan dipercayai.

Layari Wakaf Selangor Online

https://fpx.wakafselangor.gov.my/

atau

https://infaqpay.my/go/wakafselangor

untuk berwakaf tunai

#wakafselangor

#wakaftunai

#wakafmembangunkanummah

#andawakafkamiagih

#terimakasihpewakaf

#masjidkampungkuantanklang

No Comments

Post A Comment