PWS MENGADAKAN FORUM BICARA WAKAF “BIARPUN NAFAS TERHENTI,JARIAH TETAP MENGALIR”

PWS MENGADAKAN FORUM BICARA WAKAF “BIARPUN NAFAS TERHENTI,JARIAH TETAP MENGALIR”

26 Julai 2025, Sabak Bernam – Perbadanan Wakaf Selangor (PWS) telah mengadakan Forum Bicara Wakaf “Biarpun Nafas Terhenti, Jariah Tetap Mengalir” di Masjid Kampung Tebuk Mufrad anjuran bersama PWS dan pihak masjid.

Forum tersebut dipanelkan oleh YBrs Tuan Haji Anuar Hamzah bin Tohar, Ketua Pegawai Eksekutif PWS dan AF Ustaz Muhamed Hanafiah Abdul Malek, Pendakwah Bebas serta dimoderatorkan oleh Encik Muhammad Hafiz bin Bahari, Pengurus Bahagian Korporat PWS.

Forum Bicara Wakaf ini merupakan aktiviti bulanan yang dianjurkan oleh PWS agar dapat menyebarluaskan lagi kefahaman, fadhilat, kelebihan dan manfaat kepada masyarakat dalam melaksanakan ibadah wakaf serta memberi maklumat tentang peranan PWS sebagai institusi wakaf di negeri Selangor.

Sebagaimana Sabda Nabi SAW: “Apabila mati seorang manusia, terputus segala amalannya kecuali tiga perkara : sedekah jariah (wakaf), ilmu yang dimanfaat dengannya, dan anak soleh yang mendokan baginya” (Hadis riwayat Muslim)

Turut dibuka kaunter wakaf tunai untuk memberi peluang kepada jemaah dan ahli kariah yang hadir dalam melaksanakan ibadah wakaf melalui kaedah potongan gaji, auto debit, debit langsung (direct debit), secara terus (one-off) dan QR code.

Ayuh laksanakan wakaf tunai anda di PWS, saluran rasmi, diyakini dan dipercayai.

Layari Wakaf Selangor Online

https://fpx.wakafselangor.gov.my

atau

https://infaqpay.my/go/wakafselangor

untuk berwakaf tunai.

#wakafselangor

#wakaftunai

#wakafmembangunkanummah

#indahnyaberwakaf

#satuwakafsejutamanfaat

#bicarawakaf

#masjidkampungtebukmufrad

No Comments

Post A Comment