8 November 2025 – Perbadanan Wakaf Selangor (PWS) terus memperkukuh agenda dakwah dan kesedaran masyarakat terhadap amalan wakaf melalui penganjuran Kuliah Maghrib Khas di negeri Selangor.
Kuliah berlangsung di Masjid Nurul Iman, Telok Gadong, Klang, disampaikan oleh AF Ustaz Muhammad Hafizuddin Mohamad Sharil, Penolong Eksekutif Unit Kutipan dan Agihan Bahagian Korporat PWS bertajuk “Wakaf: Persediaan Sebelum Kematian.”
Majlis turut diserikan dengan pembukaan kaunter wakaf, memberi peluang kepada para jemaah menunaikan wakaf secara langsung serta mendapat pencerahan mengenai manfaat dan fadhilat amalan ini.
PWS merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada pihak pengurusan surau dan masjid yang terlibat atas kerjasama erat dalam menjayakan program dakwah ini.
Mari kita jadikan harta yang dimiliki sebagai bekalan akhirat dan sumber keberkatan yang berterusan untuk ummah.
Ayuh laksanakan wakaf tunai anda melalui PWS, saluran rasmi, diyakini dan dipercayai.
No Comments