“WAKAF:PERSEDIAAN SEBELUM KEMATIAN” TAJUK TAZKIRAH JUMAAT YANG DIKONGSIKAN DI MASJID NURUL IMAN

“WAKAF:PERSEDIAAN SEBELUM KEMATIAN” TAJUK TAZKIRAH JUMAAT YANG DIKONGSIKAN DI MASJID NURUL IMAN

23 Mei 2024, Gombak – Perbadanan Wakaf Selangor (PWS) dengan kerjasama pihak Masjid Nurul Iman, Rawang telah mengadakan sesi Tazkirah Jumaat yang bertajuk “Wakaf, Persediaan Sebelum Kematian”.

Tazkirah Jumaat itu telah disampaikan oleh Al Fadhil Ustaz Muhammad Hafizuddin bin Mohamad Sharil, Pegawai Unit Kutipan dan Agihan, Bahagian Korporat PWS.

Matlamat utama program ini adalah untuk menyebarluaskan kefahaman dan kesedaran berkaitan ibadah wakaf serta hikmah dan keindahan wakaf itu sendiri.

Kaunter informasi dan penyertaan Wakaf Tunai juga turut dibuka bagi memberi peluang ahli kariah setempat melaksanakan ibadah Wakaf Tunai ini.

Ayuh laksanakan Wakaf Tunai anda melalui PWS, saluran rasmi, diyakini dan dipercayai.

Layari Wakaf Selangor Online

https://fpx.wakafselangor.gov.my/

#wakafselangor    

#wakaftunai

#wakafmembangunkanummah

#indahnyaberwakaf

#satuwakafsejutamanfaat

#masjidnurulimanrawang

No Comments

Post A Comment