KULIAH SUBUH KHAS DI MASJID NURUL JANNAH

KULIAH SUBUH KHAS DI MASJID NURUL JANNAH

12 Mei 2025, Klang – Perbadanan Wakaf Selangor (PWS) terus giat dalam berkongsi “Wakaf : Persediaan Sebelum Kematian” melalui kuliah subuh bersama jemaah Masjid Nurul Jannah, Meru.

Kuliah telah disampaikan oleh AF Ustaz Muhammad Hafizuddin bin Mohamad Sharil, Pegawai Unit Kutipan dan Agihan Bahagian Korporat PWS.

Kuliah yang dilaksanakan ini adalah bertujuan untuk menyebarluaskan lagi dakwah, kefahaman dan kesedaran serta hikmah dan fadhilat dalam melaksanakan Ibadah wakaf.

Sebagaimana Sabda Nabi SAW: “Apabila mati seorang manusia, terputus segala amalannya kecuali tiga perkara : sedekah jariah (wakaf), ilmu yang dimanfaat dengannya, dan anak soleh yang mendokan baginya” (Hadis riwayat Muslim)

Kaunter wakaf tunai turut dibuka bagi memberi peluang kepada para jemaah melaksanakan ibadah wakaf.

Ayuh laksanakan wakaf tunai anda di PWS, saluran rasmi, diyakini dan dipercayai.

Layari Wakaf Selangor Online

https://fpx.wakafselangor.gov.my

Atau

https://infaqpay.my/go/wakafselangor

untuk berwakaf tunai.

#wakafselangor

#wakaftunai

#wakafmembangunkanummah

#masjidnuruljannahmeru

 

No Comments

Post A Comment