TAZKIRAH JUMAAT BERSAMA PERBADANAN WAKAF SELANGOR

TAZKIRAH JUMAAT BERSAMA PERBADANAN WAKAF SELANGOR

29 Ogos 2025 – Shah Alam, Perbadanan Wakaf Selangor (PWS) dengan kerjasama pihak pengurusan Masjid Seksyen 7 Shah Alam telah mengadakan sesi Tazkirah Jumaat di sini.

Tazkirah Jumaat itu telah disampaikan oleh Al Fadhil Ustaz Ibnu Hubain bin Abdul Aziz, Eksekutif Unit Kutipan dan Agihan PWS.

Kaunter informasi dan penyertaan Wakaf Tunai juga turut dibuka bagi memberi peluang ahli kariah dan jemaah setempat melaksanakan ibadah Wakaf Tunai ini.

PWS sedang giat untuk menyebarluaskan kefahaman dan kesedaran berkaitan ibadah wakaf serta hikmah, kehebatan dan kemudahan berwakaf dan peranan PWS sebagai institusi wakaf di negeri Selangor.

Ayuh laksanakan Wakaf Tunai anda melalui PWS, saluran rasmi, diyakini dan dipercayai.

Layari Wakaf Selangor Online

https://fpx.wakafselangor.gov.my/

untuk berwakaf tunai

#wakafselangor

#wakaftunai

#wakafmembangunkanummah

#indahnyaberwakaf

#masjidseksyen7shahalam

No Comments

Post A Comment