PWS TERUS MEMPERKASAKAN LAGI “SATU WAKAF , SEJUTA MANFAAT” KEPADA INSTITUSI AGAMA MELALUI KULIAH KHAS DI SELANGOR

PWS TERUS MEMPERKASAKAN LAGI “SATU WAKAF , SEJUTA MANFAAT” KEPADA INSTITUSI AGAMA MELALUI KULIAH KHAS DI SELANGOR

1 September 2025 – Perbadanan Wakaf Selangor (PWS) terus giat menyampaikan maklumat di negeri Selangor bagi memperkasakan lagi dakwah, kefahaman, kesedaran serta hikmah dan fadhilat kepada masyarakat untuk melaksanakan ibadah wakaf  melalui kuliah-kuliah khas di seluruh negeri Selangor.

Kuliah telah disampaikan oleh AF Ustaz Muhammad Hafizuddin Mohamad Sharil, Pegawai Unit Kutipan dan Agihan Bahagian Korporat PWS di Masjid Sultan Abdul Aziz, Pulau Indah Klang (Kuliah Subuh) 

Selain itu, kaunter wakaf tunai turut dibuka bagi memberi peluang kepada ahli kariah melaksanakan ibadah wakaf melalui kaedah potongan gaji, auto debit, debit langsung (direct debit), secara terus (one-off) dan QR code.

Ayuh laksanakan wakaf tunai anda di PWS, saluran rasmi, diyakini dan dipercayai.

Layari Wakaf Selangor Online

https://fpx.wakafselangor.gov.my

atau

https://infaqpay.my/go/wakafselangor

untuk berwakaf tunai.

#wakafselangor

#wakaftunai

#wakafmembangunkanummah

#indahnyaberwakaf

#satuwakafsejutamanfaat

No Comments

Post A Comment